BREAKING NEWS

TERKINI !!! Batalkan BERSIH atau DERHAKA pada DYMM YDP Agong!!!!



DAULAT TUANKU!!!! DYMM YDP Agong dah bertitah supaya rakyat jangan terpengaruh dengan budaya politik negara luar yang selalunya beralkhir dengan kekacauan.

Baginda Tuanku juga bertitah bahawa demonstrasi jalanan seperti BERSIH tu hanya akan banyak membawa keburukan..

DYMM Tuanku juga menegaskan yang Baginda tak mahu melihat rakyat bermusuhan dengan kerajaan walau dengan apa tujuan sekalipun...

Jadi, dengan apa yang DYMM Tuanku Mizan titahkan di bawah ni.., secara logiknya perhimpunan haram BERSIH tak mendapat perkenan dari Tuanku..

Ini menunjukkan.., kalau puak-puak Pakatan sama ada Anwar, Mat Sabu ataupun Ambiga mahu teruskan juga, BERMAKNA dorang dah MENDERHAKA terhadap titah DYMM YDP Agong!!!

DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!




Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara

1 ulasan :

  1. puak pencacai pembangkang mana peduli dgn titah Tuanku ni..

    dasar manusia pengkhianat semuanya!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online